Pemikir Politik dan Penganalisis Politik Dzulkefly Ahmad

Dr Dzulkefly pernah menjadi pemimpin Pergerakan Mahasiswa di United Kingdom (70-80an),[[Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) 1997-1998),Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (1998-2009),AJK Kerja PAS Pusat (2004 sehingga kini), AJK Lujnah Politik PAS Pusat (2004-2015 ),AJK Pemandu Gabungann Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH, 2006 - hingga kini ).

Beliau luga dapat sempat menulis dan mengulas isu-isu semasa di media cetak dan elektronik dan membentang kerta kerja di peringkat nasional dan antarabangsa (pembangunan ekonomi, perhubungan kaum dan pertembungan tamadun Islam-Barat, Political Islam dll).Sejak penglibatan beliau telah menghasilkan beberapa buku dalam bahasa lnggeris dan Bahasa Malaysia seumpama 'Blindspot' (2003), Striving For Change (2007), Pergelutan Demi Perubahan (2016 ) dan Najibnomiks: Rahmat atau Malapetaka?(2017).

Beliau telah memimpin Pusat Penyelidikan Pas dan kemudian setelah keluar dari PAS, Belia bersama parti Amanah Negara, dan menyandang jawatan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara.  Sebagai sebahagian dari pasukan pemikir parti, beliau telah menghasilkan buku 'Negara Berkebajikan' semasa bersama Parti Islam Se Malaysia (PAS). Beliau turut sama menghasilkan 'Belanjawaan Alternatif' setiap tahun dan Buku Jingga ketika dalam Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

Ahli Kumpulan Pemikir dalam Pakatan Harapan yang menghasilkan Belanjawaan Alternatif (2017 dan 2018) dan penerbitan Manifesto Pakatan Harapan yakni "Buku Harapan". Disamping itu beliau juga aktif menulis sebagai Kolumnis dalam majalah The Edge dan media portal seperti Malaysiakini, The Malaysianinsight, TMI, Free Malaysia Today.

Di peringkat antarabangsa dan nasional, beliau sering diundang untuk berkongsi pemikiran dan pengalamannya dalam 'Political Islam', agenda pembangunan sosio-ekonomi dan isu-isu antara agama dan antara tamadun.